Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 18 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-oil-014

Selepas mencatatkan kenaikan selama dua hari, minyak mentah jatuh ke paras terendah dalam tempoh bertahun-tahun. Harga minyak kini telah berada pada paras 11 tahun dan 12 tahun terendah, bergantung kepada klasifikasi minyak mentah tersebut. Pada masa yang sama, Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) telah menyemak semula harga minyak untuk tahun 2016 dengan unjuran ke bawah, lebih satu perempat daripada pandangan jangka pendek yang diterbitkan pada minggu lalu.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Februari susut sekitar $2.05 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $29.15 setong, sebelum naik semula dan menutup sekitar paras $30.40 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mac susut sekitar $2.20 setong, untuk ke paras terendah harian sekitar $28.80 sebelum menutup sekitar paras $29.25 setong.

telegram-moshed

Kejatuhan harga telah dikaitkan dengan lebihan kapasiti global, keputusan OPEC untuk mengekalkan output, serta kegawatan ekonomi yang melanda pengguna tenaga utama dunia, terutamanya China. Dalam pada itu, Iran akan memulakan semula eksport jika Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melaporkan ia telah mematuhi langkah-langkah untuk membendung program nuklearnya. IAEA boleh menyiarkan laporan seawal Jumaat ini, selepas mesyuarat di Vienna.

Iran mempunyai rizab minyak keempat terbesar di dunia menurut EIA, dan apa-apa pengeluaran minyak tambahan akan menambah kepada bekalan sedia ada sebanyak 1 juta tong sehari, yang telah membawa kepada kejatuhan harga lebih daripada 70% sejak pertengahan 2014. Harga minyak telah jatuh sebanyak kira-kira 70% dalam tempoh 18 bulan lalu, apabila bekalan telah melebihi permintaan. Permintaan minyak dari China juga telah jatuh ekoran pertumbuhan ekonominya yang telah menjadi perlahan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register