728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 18 Mei 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 18 Mei 2016

Harga minyak berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, setelah pasaran cuba menentukan halatuju seterusnya apabila Kerajaan Iraq diberitakan mendekati syarikat carigali minyak asing yang beroperasi di negara itu, untuk meminta supaya syarikat-syarikat tersebut mengurangkan pelaburan pengeluaran minyak dan perbelanjaan perniagaan mereka.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun turun naik dari paras terendah harian sekitar $47.50 setong, ke paras tertinggi harian sekitar $48.72 sebelum menutup sekitar paras $48.57 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai turun naik dari paras terendah harian sekitar $48.55 setong, ke paras tertinggi harian sekitar $49.65 sebelum menutup sekitar paras $49.52 setong

Iraq menjangkakan BP untuk mengurangkan perbelanjaan daripada $3.25 bilion kepada kira-kira $2.5 bilion. Syarikat itu kini mengeluarkan 1.4 juta tong sehari. Syarikat minyak Itali, Eni dijangka untuk mengurangkan kos kepada $1.62 bilion, manakala syarikat minyak Rusia Lukoil – untuk $1.26 bilion. ExxonMobil, Shell dan Petronas juga diberitakan telah didatangi oleh Kerajaan Iraq.

Syarikat-syarikat carigali minyak asing dan pihak berkuasa Iraq masih belum mencapai perjanjian muktamad mengenai peringkat pengeluaran dan perbelanjaan. Ini, seterusnya, menyebabkan masalah dalam merealisasikan semua projek minyak utama di negara teluk tersebut. Shell, BP dan Lukoil membantah pemotongan pelaburan operasi. Selain itu, Gazprom Neft dari Russia menyatakan minggu lalu bahawa ia merancang untuk meningkatkan pengeluaran di medan minyak Badra sebanyak 44% kepada 65,000 tong sehari.

Laporan OPEC untuk pasaran minyak global pada bulan Mei menyebut tentang pengeluaran minyak mentah di Kazakhstan yang menurun pada suku pertama 2016 berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Menurut data kartel itu, output menurun kepada purata 1.34 juta tong sehari pada bulan Mac, berbanding dengan 1.61 juta tong sehari pada bulan Januari dan Februari sebelumnya. OPEC mengunjurkan pengeluaran minyak Kazakhstan bakal merosot sebanyak 40 ribu tong kepada 1.56 juta tong setiap hari untuk tahun 2016.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register