728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 18 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-012

Harga minyak mentah kembali merudum Selasa semalam, dengan crude jatuh lebih $1.40 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $40.55 setong, sebelum menutup sekitar paras $41.05 setong; manakala brent pula jatuh lebih $1.55 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $43.70 setong sebelum menutup sekitar paras $44.20 setong; setelah kebimbangan lebihan bekalan terus mempengaruhi pasaran. Walaupun data dari OPEC menunjukkan penurunan dalam pengeluaran; Rusia, Iraq dan ISIS lebih mempengaruhi sentimen pasaran.

Harga minyak meningkat dalam dagangan turun naik semalam, apabila pasaran menimbang lebihan bekalan berterusan minyak mentah berbanding ketidaktentuan geopolitik yang meningkat berikutan serangan pengganas di Paris.  Namun, walaupun serangan udara Perancis terhadap kubu kuat ISIS di Syria berikutan serangan Jumaat, penganalisis berkata risiko yang meningkat itu tidak mungkin untuk mengganggu pengeluaran.

telegram-moshed

Harga minyak telah tertekan untuk lebih daripada satu tahun, ekoran bekalan yang berlebihan di seluruh dunia hanya dipenuhi oleh permintaan yang semakin perlahan. Walaupun sesetengah pengeluar seperti Amerika Syarikat telah mengurangkan pengeluaran mereka dalam beberapa bulan kebelakangan ini, negara pengeluar lain seperti Arab Saudi dan Rusia terus mengepam minyak mentah pada kadar yang tinggi dalam usaha untuk mempertahankan bahagian mereka dalam pasaran.

Pada masa yang sama, kenaikan stok simpanan minyak AS yang dilihat dalam beberapa minggu kebelakangan ini; dijangka tidak berubah dalam laporan EIA hari ini ekoran musim penyelenggaraan kilang penapis.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register