banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 19 Feb 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 19 Feb 2016

Harga minyak mentah susut Khamis semalam, selepas kenaikan sebelum daripada itu, yang dibina atas spekulasi pencapaian kata sepakat antara negara OPEC dan bukan OPEC dalam menghadkan pengeluaran. Pasaran komoditi minyak mentah kembali suram apabila laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat melaporkan stok minyak mentah yang meningkat hampir ke paras kapasiti penuh.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac susut lebih $1.70 setong, untuk ke paras terendah harian sekitar $30.25 sebelum menutup sekitar paras $30.50 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April susut lebih $1.90 setong, untuk ke paras terendah harian sekitar $33.80 sebelum menutup sekitar paras $34 setong.

telegram-moshed

Harga semalam menandakan kali pertama dalam masa dua minggu, dimana harga minyak telah bertahan di atas paras $30 setong sepanjang sesi dagangan.  Semalam EIA dalam Laporan Status Petroleum Mingguan menunjukkan inventori minyak komersial untuk minggu berakhir pada 12 Februari meningkat sebanyak 2.1 juta tong daripada minggu sebelumnya.

Dengan jumlah terkumpul sebanyak 504.1 juta tong, inventori minyak mentah AS kekal pada paras yang tinggi. Jumlah inventori petrol pula meningkat sebanyak 3.0 juta tong, manakala inventori bahan api sulingan meningkat sebanyak 1.4 juta tong.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register