banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 19 Mei 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 19 Mei 2016

Harga minyak yang memacu naik Rabu semalam, terhenti selepas minit mesyuarat FOMC Federal Reserve AS yang terbaru mengumumkan ketegasan Feds untuk menaikkan kadar seawal mungkin, sekiranya laporan pertumbuhan inflasi, GDP dan sektor pekerjaan berada pada landasan yang ditetapkan.  Fedwatch menyaksikan peningkatan kemungkinan kenaikan kadar pada bulan Jun ini naik daripada 15% kepada 16.9% sejurus sebelum minit mesyuarat disiarkan pada awal pagi tadi.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun yang memacu naik untuk ke paras tertinggi harian sekitar $48.92 setong, jatuh semula lebih $1.15 setong, sebelum menutup sekitar paras $47.85 setong;  manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai yang memacu naik untuk ke paras tertinggi harian sekitar $49.82 setong, jatuh semula lebih $1.35 setong, sebelum menutup sekitar paras $48.50 setong.

Dalam pada itu, sentimen harga minyak juga bertukar negatif apabila Jabatan Maklumat Tenaga AS semalam melaporkan bahawa inventori minyak komersil bertambah sebanyak 1.3 juta tong berbanding jangkaan pengurangan sebanyak 3.1 juta tong.  Laporan yang bertentangan dengan data Institut Petroleum Amerika yang menunjukkan pengurangan bekalan sebanyak 1.1 juta tong di hab penghantaran Cushing, Oklahoma itu menyebabkan para pelabur kehilangan arah.

telegram-moshed

Dalam berita lain, pengeluaran minyak di wilayah pengeluar Alberta, Kanada dikatakan akan hanya mula beroperasi bulan depan selepas kebakaran besar yang menghentikan pengeluaran lebih 1 juta tong sehari.  Bekalan yang terganggu juga dilihat datang dari Nigeria dan Venezuela yang menghadapi kemelut ekonomi dan politik yang berkemungkinan menghentikan bekalan, sekaligus membantu mengapungkan harga.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register