Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 19 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-005

Minyak mentah (crude) memacu untuk hari kedua, naik lebih $1.30 setong Jumaat lalu untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $47.45 setong sebelum menutup sekitar paras $47.20 setong; manakala minyak mentah (brent) pula mencapai paras tertinggi harian sekitar $50.80 setong sebelum menutup sekitar paras $50.55 setong; setelah para pedagang menilai semula tawaran dan permintaan dalam pasaran minyak global.

Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) berkata, stok minyak di seluruh AS meningkat sebanyak 7.6 juta tong, menjadikan jumlah keseluruhan minyak dalam simpanan komersial ke paras tertinggi dalam lebih 80 tahun – 468.6 juta tong. Kenaikan dalam inventori tersebut, datang kebanyakannya kerana kilang penapis memperlahankan jumlah minyak mentah yang mereka ambil semasa penyelenggaraan musim luruh.

EIA berkata, kilang penapis memproses 15.3 juta tong sehari pada dua minggu lepas dan beroperasi pada 86% daripada jumlah kapasiti mereka.  Beberapa bulan yang lalu, kilang penapis telah beroperasi pada lebih 90% kapasiti. Minggu lepas, mereka memproses pada 87.5% daripada kapasiti penuh.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register