728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 2 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-minyak-002

Harga minyak mentah merudum Isnin semalam, setelah diseret oleh data pembuatan China yang suram dan prospek penyelarasan pengeluaran oleh pengeluar minyak utama dunia hanyalah sekadar spekulasi kosong. Pasaran minyak dunia boleh “lemas dalam lebihan bekalan”, sekaligus menolak harga ke paras yang lebih rendah, amaran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam laporan bulanan pasaran minyak semalam.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude jatuh lebih $2.30 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $31.30 setong, sebelum menutup sekitar paras $31.35 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent jatuh $2.15 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $33.90 setong, sebelum menutup sekitar paras $34.10 setong.  Kejatuhan semalam, adalah yang pertama selepas harga memacu naik selama empat hari, bermula Selasa lepas apabila Russia dan Arab Saudi diberitakan bakal berunding untuk mengawal harga.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Ia mungkin boleh menjadi sedikit kelegaan pada separuh kedua tahun ini, apabila pasaran tidak sabar-sabar untuk memasuki 2017”, menurut Neil Atkinson, ketua bahagian industri minyak dan pasaran IEA. Dalam pada itu, Iran berkata ia merancang untuk meningkatkan pengeluaran minyak sebanyak 500 ribu tong sehari setelah sekatan ditarik balik di bawah perjanjian nuklear dengan kuasa-kuasa dunia.

“Ia seolah-olah pembetulan yang sihat dalam pasaran yang menurun,” menurut Tamas Varga, penganalisis minyak di London broker PVM Oil Associates. “Arab Saudi dan negara pengeluar lain akan memastikan mereka tidak kalah dan anda tidak boleh mengatakan ini adalah di luar jangkaan, tetapi berita ‘Iran Deal’ adalah faktor tambahan yang menjatuhkan harga minyak.”, tambah Tamas lagi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register