OIL Analisa Fundamental Harian 2 Mac 2016

0 0

Harga minyak mentah berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, setelah Menteri Sumber Petroleum Nigeria, Dr. Ibo Kachikwu menyatakan keyakinannya bahawa hari-hari yang mendatang bakal melihat komoditi itu dijual semula pada $50 setong.  Bercakap dengan Fast Money CNBC, beliau yakin bahawa ahli-ahli OPEC akan mencapai persetujuan untuk membekukan pengeluaran minyak, sebagai satu cara untuk memerangi harga minyak yang rendah.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April naik turun dari paras terendah harian sekitar $33.35 setong ke setinggi $34.75 setong, sebelum menutup sekitar paras $33.90 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mei turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $37.25 setong ke serendah $35.95 setong, sebelum menutup sekitar paras $36.60 setong.

Walau bagaimanapun, tidak semua berkongsi pendapat yang sama apabila Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) melaporkan bahawa dengan kadar lebihan global sekarang, serta lebihan bekalan yang bakal datang dari Iran; kemelut ini akan berpanjangan sehingga tahun 2017. Amerika Syarikat sudahpun mempunyai simpanan minyak terbesar dalam sejarah dan mungkin terpaksa mengeksportnya keluar bagi mengurangkan inventori.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa