728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 2 Mei 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 2 Mei 2016

Harga minyak berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, setelah pasaran dipenuhi aktiviti mengambil untung belian kesan dari kenaikan harga sejak awal bulan Mac lalu.  Pada masa yang sama, laporan pengeluaran minyak AS yang terkawal serta simpanan yang berkurang menyebabkan minyak terus mendapat perhatian pelabur.  Kelemahan nilai Dollar terkesan dari laporan ekonomi AS yang terus menerus lemah juga membantu mengapungkan harga minyak.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun melonjak ke paras tertinggi harian sekitar $46.77 setong, sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar paras $46.02 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai melonjak ke paras tertinggi harian sekitar $48.28 setong, sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar paras $47.40 setong.

“Pasaran kini datang ke dalam keseimbangan yang lebih baik dan kami mengekalkan pandangan bahawa lebihan bekalan semasa akan berubah ke dalam kurang bekalan pada separuh kedua 2016,” menurut bank pelaburan Jefferies. “Kapasiti lebihan bekalan global kini adalah 2 juta tong sehari, atau kira-kira 2% daripada permintaan global. Ini adalah tahap yang masih rendah,” tambahnya lagi.

Namun begitu, Deutsche Bank berkata pertambahan yang mendadak dalam pengeluaran oleh ahli-ahli Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) – kerana tambahan output Iran dan gangguan di Iraq, Nigeria dan Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini – boleh mengehadkan kenaikan harga minyak. “Pertambahan yang berterusan dalam pengeluaran OPEC mungkin semakin hampir, dan … kenaikan harga tersebut mungkin berhenti seketika,” menurut Bank itu lagi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register