Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 2 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-minyak-001

Harga minyak mentah melonjak Jumaat lalu, dengan crude naik lebih $1.50 setong ke paras tertinggi harian sekitar $47 setong sebelum menutup sekitar paras $46.35 setong; manakala brent pula naik lebih $1.65 setong ke paras tertinggi harian sekitar $50.50 setong sebelum menutup sekitar paras $49.95 setong; setelah nilai Dollar AS susut dengan indeks Dollar jatuh lebih 75 mata ke paras terendah harian sekitar 96.65 sebelum menutup sekitar 97.05, ekoran laporan ekonomi AS yang mengecewakan.

Pasaran terkesan daripada data statistik KDNK AS pada suku ketiga yang meningkat hanya 1.5%, turun daripada kenaikan 3.9% pada suku kedua. Pakar ekonomi meramalkan KDNK berkembang pada kadar 1.6% pada suku ketiga.  Walau bagaimanapun, kebimbangan berterusan terhadap lebihan bekalan dan rundingan antarabangsa mengenai krisis Syria di Vienna; sedikit sebanyak mengekang kenaikan harga minyak.

telegram-moshed

Menurut 13 bank yang ditinjau oleh The Wall Street Journal, harga minyak mentah Brent akan mencapai purata $58 setong dan West Texas Intermediate Crude, penanda aras minyak AS, akan mencapai purata $54 setong. Banyak daripada bank yang sama telah meramalkan harga $70 setong pada 2016 dalam hanya beberapa bulan yang lalu.

Ini kerana penganalisis terus meramalkan lebihan bekalan akan datang ke dalam pasaran yang pertumbuhan permintaannya sedang tersentap oleh ekonomi China yang semakin lemah. Brokers PVM mengatakan bahawa simpanan minyak global tahun ini, adalah kira-kira 1.7 juta tong sehari dan akan berterusan pada tahun depan, walaupun pada kadar yang lebih perlahan. Barclays berkata pertumbuhan permintaan minyak tahunan dari China, melemah kepada 2.1% pada September lalu.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register