banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 20 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-oil-012

Harga minyak mentah terus merudum Selasa semalam, terkesan dari sentimen lemah di seluruh dunia selepas pasaran terus bimbang serendah mana harga minyak boleh pergi. Selain itu, penawaran yang tetap utuh terus memberi tekanan menurun ke atas harga minyak. Pada masa yang sama, Pengurusan Maklumat Tenaga AS (EIA) telah melaporkan bahawa pengeluaran minyak mentah dunia akan meningkat kepada 95.9 juta tong sehari pada 2016 dan 96.7 juta tong pada tahun 2017.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac yang memacu ke paras tertinggi harian sekitar $31.35 setong, kembali merudum ke serendah $28.20 setong, sebelum menutup sekitar paras $29.55 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mac yang memacu ke paras tertinggi harian sekitar $30.25 setong, kembali merudum ke serendah $28.60 setong, sebelum menutup sekitar paras $28.75 setong.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pengeluaran minyak mentah dunia telah berada pada 95.7 juta tong pada tahun 2015 dan penggunaan minyak global dijangka pada purata 95.2 juta tong pada 2016 dan 96.6 juta tong pada tahun 2017. Sementara itu, JPMorgan Chase dan Goldman Sachs mencadangkan bahawa harga minyak mentah boleh menguji paras $20 setong pada tahun 2016. Royal Bank of Scotland pula menunjukkan paras $16 setong, manakala Standard Chartered memberikan angka terburuk pada $10 setong.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register