728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2016

Harga minyak kembali bertenaga Khamis semalam, selepas kejatuhan harga sepanjang sesi Asia dan Eropah telah mendapat sokongan belian daripada pelabur sesi Amerika; apabila bekalan minyak global dijangka menghadapi kesukaran dengan krisis geopolitik terbaru di Nigeria dan Venuzuela, selepas kebakaran hutan di wilayah pengeluar minyak Alberta, Kanada baru-baru ini.  Sebelum daripada itu, pekerja minyak Kuwait telah membuat huru-hara apabila rundingan kerjasama OPEC gagal pada bulan lepas.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun yang jatuh lebih $1.30 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $46.72, kembali memacu naik untuk menutup lebih tinggi sekitar $48.23 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai jatuh lebih $1.35 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $47.37, kembali memacu naik untuk menutup lebih tinggi sekitar $48.82 setong.

Menurut ANZ Bank, kekurangan bekalan global yang tidak dijangka, tidak termasuk kejatuhan pengeluaran di AS, telah mengurangkan bekalan sekitar 2.5 juta tong sehari, angka lebihna bekalan yang telah menyebabkan kejatuhan harga sepanjang 2014 dan awal tahun ini. Selama mana masalah ganguan bekalan ini masih berterusan, harga akan terus mendapat sokongan, tambah ANZ lagi.

telegram-moshed

Terbaru, di Nigeria, penceroboh dikatakan telah menghalang kemasukan pekerja dan bekalan minyak ke terminal eksport milik EXXON Mobil di Qua Iboe, yang merupakan terminal eksport terbesar di negara benua Afrika tersebut.  Nigeria merupakan anggota OPEC yang menjadi pengeluar ke-13 terbesar dunia dengan kapasiti 2.427 juta tong sehari.  Namun begitu, Nigeria adalah pengeksport ke-6 terbesar dunia dengan nilai kira-kira $38 bilion, sekitar 4.8% bekalan dunia.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register