OIL Analisa Fundamental Harian 20 Oct 2015

0 2

moshedfx-forex-malaysia-oil-006

Minyak mentah (crude) jatuh lebih $1.60 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $45.80 setong sebelum menutup sekitar paras $46.15, manakala minyak mentah (brent) jatuh $1.90 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $48.70 setong sebelum menutup sekitar paras $49.05 setong Isnin semalam.

Kejatuhan harga minyak mentah sedang menggiatkan perjuangan antara pengeksport minyak gergasi seperti Arab Saudi dan Rusia. Pengeluar minyak menghasilkan lebih output untuk mengimbangi harga minyak mentah yang lebih rendah. Lebih banyak minyak mentah bermakna lebihan bekalan. Bekalan yang lebih bermakna lebih banyak pasaran diperlukan untuk menjual atau menguasai bahagian pasaran beberapa pengeluar lain.

Syarikat-syarikat minyak beratur untuk mengeluarkan minyak di Iran walaupun harga minyak mentah merudum, ekoran Iran yang mempunyai kos pengeluaran yang paling rendah pada ~ $ 15 setong. Ia juga mempunyai lokasi yang strategik. Hasilnya, banyak syarikat minyak gergasi mengintai produksi minyak Iran. Syarikat-syarikat seperti Shell dan Total telah menghantar eksekutif untuk berbincang dengan Syarikat Negara Iran.

Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) menganggarkan kos membangunkan lapangan minyak baru di Amerika Syarikat dan Kanada mencecah $113 setong, dan ianya hanya $31 setong di Iran. Pelonggaran sekatan minyak boleh menyebabkan lebihan minyak Iran membanjiri pasaran pada 2016.

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa