Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 21 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-008

Harga minyak mentah berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, dengan merosot kepada paras terendah baru dalam masa tujuh tahun, selepas harga minyak menunjukkan sedikit tanda untuk stabil berikutan peningkatan yang sederhana dalam jumlah pelantar minyak domestik minggu lepas. Trader juga dilihat memberi reaksi kepada Kongres Amerika Syarikat yang meluluskan bil perbelanjaan sebanyak $1.1 trilion, termasuk pemansuhan larangan empat dekad kepada eksport minyak AS.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Januari 2016 diniagakan antara setinggi sekitar $35.55 setong ke serendah sekitar $34.30 setong, sebelum menutup sekitar paras $36.05 setong; manakala di Intercontinenal Exchange London (ICE), Brent bagi penghantaran Februari 2016 pula diniagakan antara setinggi sekitar $37.75 setong ke serendah sekitar $36.40 setong, sebelum menutup sekitar paras $36.65 setong.

Kedua-dua penanda aras antarabangsa dan domestik AS bagi minyak mentah turun sebanyak lebih daripada 17% sejak OPEC memilih untuk mengekalkan kuota pengeluaran pada mesyuarat dua minggu lalu di Vienna. Dalam pada itu, firma perkhidmatan minyak Baker Hughes dalam kiraan pelantar mingguannya berkata bahawa pelantar minyak Amerika Syarikat meningkat sebanyak 17 kepada 541 buah pelantar berbanding pengurangan sebanyak 21 kepada 524 buah pada minggu sebelumnya – satu penurunan yang ketara dalam masa dua bulan.

Secara berasingan, laporan daripada Genscape, Inc. menunjukkan beberapa tanda-tanda bahawa tahap inventori minyak mentah AS berlegar-legar sekitar paras rekod tertinggi. Genscape, sebuah pembekal global terkemuka bagi data tenaga untuk pasaran komoditi, melaporkan bahawa stok simpanan minggu lalu di Hab minyak Cushing di Oklahoma meningkat sebanyak 1.4 juta tong. Cushing adalah hab penghantaran utama untuk Crude yang didagangkan di NYMEX.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!