728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 21 Mac 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 21 Mac 2016

Harga minyak mentah berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, setelah pelabur mengambil untung belian menjelang hujung minggu. Pada masa yang sama, komen bercampur-campur dari pelbagai agensi laporan dan pemantau industri minyak menyebabkan pasaran hilang keyakinan, menjelang mesyuarat kerjasama menghadkan pengeluaran antara OPEC dan bukan OPEC.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April susut ke paras terendah harian sekitar $39.15 setong, sebelum memacu naik untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $41.15 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mei naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $42.55 setong ke serendah $41.05 sebelum menutup sekitar paras $41.40 setong.

BNP Paribas dalam laporannya kepada pelanggan mengatakan bahawa kenaikan harga minyak baru-baru ini bukanlah disebabkan pemulihan dalam fundamental, tetapi kerana selera terhadap risiko.  Penganalisis mereka juga tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap keputusan mesyuarat kerjasama OPEC itu.  Credit Suisse juga mengingatkan pasaran bahawa kenaikan harga minyak telah hampir sampai ke penghujungnya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register