banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 22 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-009

Harga minyak mentah berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, selepas Crude membuka dengan ‘Gap-Up’ sekitar $35.90 setong, apabila kontrak penghantaran Januari ditutup dan diselaraskan dengan kontrak penghantaran Februari.  Crude didagangkan dari sekitar $35.90 ke sekitar $34.00 setong, manakala Brent pula didagangkan dari sekitar $36.75 ke sekitar $36.05 setong; dengan keduanya dalam dagangan sideway di Bursa masing-masing.

Pasaran juga dilihat memberikan reaksi kepada spekulasi bahawa Russia dan Arab Saudi sedang berusaha untuk mencapai kata sepakat dalam had pengeluaran minyak mentah. CEO Lukoil, syarikat minyak kedua terbesar Russia, Vagit Alekperov berkata dalam satu temuramah eksklusif bersama CNBC semalam, bahawa beliau menjangka harga mencapai $40 ke $50 setong pada pertengahan tahun depan apabila projek carigali baru, mula berhenti.

telegram-moshed

Walaupun minyak telah mencuri tumpuan, komoditi utama yang lain juga telah jatuh, menyebabkan kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi di seluruh dunia dan masalah kredit yang sama – jika tidak lebih buruk – seperti tahun 2008-09. Sambil mengakui bahawa “keadaan geopolitik minyak adalah rumit,” IEA melaporkan bahawa sebab utama kejatuhan harga minyak adalah ledakan pengeluaran minyak syal AS yang mencapai 8.7 juta tong sehari.

Pengeluaran minyak sedang mencapai paras tertinggi dan dengan lebih banyak tong yang bersedia untuk memasuki pasaran dari pengeluar seperti Iran, Amerika Syarikat dan Libya, harga minyak mentah sedang menghadapi peratusan penurunan bulanan yang terbesar dalam tempoh tujuh tahun. Walaupun pengguna telah menikmati harga bahan api yang lebih rendah, pengeluar pula telah terpaksa mengurangkan perbelanjaan dan beribu-ribu pekerjaan untuk menangani masalah kejatuhan harga minyak.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register