728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 22 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-oil-010

Harga minyak naik pulih daripada paras terendah dalam masa 12 tahun semalam, apabila harapan untuk dasar kewangan yang lebih mudah di Eropah menenangkan kembali pasaran kewangan, tetapi hanya beberapa trader yang percaya, bahawa kenaikan tersebut bakal menamatkan penurunan harga lebih daripada 25% sepanjang 12 bulan lepas. Pasaran niaga hadapan minyak mencecah paras paling rendah sejak 2003 minggu ini, selepas pelabur bimbang terhadap lebihan minyak mentah global dan permintaan yang perlahan kerana kelemahan ekonomi, terutamanya ekonomi No. 2 dunia, China.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac melonjak lebih $2.35 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $30.25 setong sebelum menutup sekitar paras $29.85 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mac melonjak lebih $2.50 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $29.85 setong, sebelum menutup sekitar paras $29.70 setong.

telegram-moshed

telegram-moshed

Crude dan Brent bertukar positif selepas komen oleh Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi yang berkata bahawa ia adalah perlu untuk mengkaji semula pendirian dasar monetari Bank pada bulan Mac ini, sekaligus mengisi harapan untuk lebih banyak pelonggaran kuantitatif. “Pasaran, terutamanya pasaran ekuiti, mahu rangsangan dan memerlukan rangsangan untuk memastikan kenaikan tersebut terus berjalan,” menurut Brian LaRose, seorang penganalisis teknikal dengan United-ICAP. “Semuanya adalah mengenai jangkaan ekonomi dan pasaran ekuiti AS akan mendahului dalam jangka masa terdekat.”, tambah beliau lagi.

Bagaimanapun, sentimen pasaran secara umumnya masih lemah dengan pengeluar di seluruh dunia mengepam 1-2 juta tong minyak mentah setiap hari melebihi permintaan, sekaligus mewujudkan lebihan besar simpanan minyak. Kepulangan Iran ke pasaran minyak bulan ini, telah menambah kepada lebihan global, selepas sekatan ekonomi antarabangsa ke atasnya ditarik balik. Pada masa yang sama, Maklumat Tenaga Amerika Syarikat semalam melaporkan bahawa inventori minyak mentah meningkat sebanyak 4.0 juta tong, manakala Institut Petroleum Amerika pada lewat Rabu melaporkan bekalan meningkat sebanyak 4.6 juta tong.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register