728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 22 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-008

Harga minyak mentah (crude) jatuh untuk hari ketiga, lebih $1.15 setong Rabu semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar $44.80 setong sebelum menutup sekitar paras $45.15 setong.  Pada masa yang sama, minyak mentah (brent) jatuh $1.10 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $47.75 setong sebelum menutup sekitar paras $48.15 setong; setelah stok dilaporkan meningkat.

Kumpulan Industri Institut Petroleum Amerika (API) berkata, laporan awal stok simpanan minyak mentah AS telah meningkat 7 juta tong pada minggu lalu, jauh melebihi 3.7 juta tong dijangka oleh penganalisis kaji selidik Reuters.  “Angka API menyediakan pentas untuk laporan EIA, yang dijangka menunjukkan pertambahan untuk minggu keempat berturut-turut,” kata Chris Jarvis, penganalisis Pengurusan Risiko Caprock di Frederick, Maryland.

telegram-moshed

telegram-moshed

Bank Dunia dalam laporan terbaru, menjangka harga komoditi global yang penting bagi ekonomi negara membangun, akan terus lemah hingga 2016; dengan eksport Iran yang akan memegang harga minyak ke bawah. Bank Dunia dalam laporan tersebut juga meramalkan fenomena cuaca El Nino akan kembali, yang boleh melanda tanaman makanan di hemisfera selatan; sekaligus tidak akan mungkin menaikkan harga bijirin mendadak lebih tinggi, ekoran stok simpanan yang berlebihan.

Laporan sektor komoditi suku tahunan Bank Dunia mengurangkan unjuran bagi harga purata minyak mentah kepada $52 setong tahun ini daripada $57 yang dianggarkan pada tiga bulan lalu. Untuk 2016 pula, ramalan harga purata adalah $51 setong. Bank Dunia berkata sebab utama prospek minyak tertekan adalah kerana kembalinya minyak mentah Iran ke pasaran global; berikutan pelaksanaan perjanjian nuklear dengan kuasa-kuasa Barat, yang akan membatalkan sekatan ekonomi ke atas negara itu.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register