728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 23 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-007

Harga minyak berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, sehari selepas mencapai ke paras terendah dalam hampir 7 tahun, berikutan kebimbangan berterusan mengenai lebihan bekalan global yang tinggi.  Pada masa yang sama, nilai Dollar AS yang meningkat selepas kenaikan kadar yang pertama sejak sedekad lalu, menyebabkan komoditi yang disebutharga dalam Dollar AS jatuh harga.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Februari meningkat lebih $0.85 setong untuk diniagakan setinggi $36.55 setong sebelum menutup sekitar paras $36.50 setong; manakala di Bursa Niaga Hadapan ICE di London, Brent bagi penghantaran Februari susut lebih $0.70 setong untuk diniagakan serendah $36 setong sebelum menutup sekitar paras $36.40 setong. Ini adalah kali pertama, Crude menutup lebih tinggi dari Brent sejak Ogos 2010.

telegram-moshed

telegram-moshed

Dalam laporan Institut Petroleum Amerika semalam, stok minyak syarikat swasta dan komersil dilaporkan menurun sebanyak 5.9 juta tong pada minggu lalu, sekaligus mengejutkan penganalisis yang menjangka kenaikan sebanyak 1 juta tong.  Hari ini Pengurusan Maklumat Tenaga AS pula bakal melaporkan stok minyak AS yang dijangka meningkat sebanyak 1.4 juta tong berbanding 4.8 juta tong pada sebelumnya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register