Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 23 Mei 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 23 Mei 2016

Harga minyak berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, setelah pasaran dipenuhi kegiatan mengambil untung belian menjelang hujung minggu dan pertambahan permintaan untuk Dollar mengekang kenaikan harga minyak seterusnya.  Gangguan bekalan yang datang dari Nigeria dan Libya, selepas daripada kebakaran di wilayah pengeluar minyak Alberta, Kanada telah menstabilkan faktor lebihan bekalan global.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Julai membuka dengan ‘gap-up’ dan memacu naik setinggi sekitar $49.26 setong, sebelum susut semula lebih $1.30 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $47.95 dan kemudiannya menutup sekitar paras $48.45 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai juga membuka dengan ‘gap-up’ dan memacu naik setinggi sekitar $49.37 setong, sebelum susut semula lebih $1.25 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $48.05 setong dan kemudiannya menutup sekitar paras $48.80 setong.

Menurut Jason Gamble, penganalisis di Jefferies, kebakaran di Fort MacMurray, Alberta telah menyebabkan gangguan bekalan lebih dari 1.4 juta tong sehari dan serangan di Nigeria pula telah menghentikan sekitar 1/2 juta tong sehari dari bekalan minyak dunia.  Barbara Lambrecht, penganalisis di Commerzbank pula mengatakan bahawa bekalan ketika ini hanya cukup untuk memenuhi permintaan, ekoran pengeluaran yang tinggi.

telegram-moshed

Harga minyak telah memacu naik dari paras terendah dalam masa lebih enam tahun yang dicapai pada awal Februari lalu, selepas terdapat spekulasi rundingan kerjasama menghadkan pengeluaran minyak oleh OPEC.  Rundingan yang gagal itu bagaimanapun telah diikuti oleh pelbagai krisis mogok pekerja Kuwait, kemelut geopolitik di Venezuela, kebakaran hutan Alberta dan yang terkini serangan di Nigeria; yang semuanya telah membantu mengapungkan harga minyak.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register