Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 24 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-006

Harga Brent melintasi Crude Rabu semalam – sesuatu yang jarang berlaku bagi kedua-dua penanda aras harga minyak mentah tersebut. Crude diniagakan sekitar $37.75 setong manakala Brent sekitar $37.60 ketika artikel ini ditulis. Terdapat ketidakseimbangan yang teruk dalam pasaran dan mungkin terdapat hubungan baru bagi harga kedua-dua komoditi tersebut, apabila Amerika Syarikat melupuskan larangan eksport minyak AS yang berusia 40 tahun Selasa kelmarin.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Februari melonjak lebih $1.50 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $37.95 setong sebelum menutup sekitar paras $37.85 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE), Brent bagi penghantaran Februari pula melonjak lebih $1.60 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $37.90 setong sebelum menutup sekitar paras $37.80 setong.

Harga minyak menunjukkan pemulihan yang membantu meningkatkan saham tenaga dan bahan mentah. Harga untuk kedua-dua kontrak Crude dan Brent telah jatuh lebih daripada satu pertiga sejak setahun lalu, tetapi kenaikan beberapa hari yang lalu; telah memberikan harapan kepada pelabur bahawa sektor ini telah mencapai dasar dan kini stabil.

Harga minyak yang kukuh membuat pelabur berasa lebih yakin terhadap syarikat-syarikat tenaga dan pasaran saham secara keseluruhan, kata Jackson Wong, Pengarah Bersekutu di Sekuriti Antarabangsa Hearing. “Tekanan jualan untuk aset-aset ini telah diturunkan. Dan juga banyak orang yang menjual aset-aset ini pada awal tahun ini, telah membeli pada akhir tahun ini kerana harga yang rendah,” tambah beliau lagi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register