728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 25 Feb 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 25 Feb 2016

Harga minyak kembali melantun Rabu semalam, walaupun laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat melaporkan kenaikan stok minyak komersil dari 2.1 juta tong kepada 3.5 juta tong.  Kenaikan tersebut mengejutkan ramai penganalisis, kerana pasaran menjangkakan penurunan sebanyak 100 ribu tong, kepada 2 juta tong. Penganalisis melihat kenaikan tersebut sebagai kesan spekulasi pasaran terhadap persidangan OPEC untuk mencapai persetujuan mengurangkan pengeluaran.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April melonjak lebih $1.80 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $32.40 sebelum menutup sekitar paras $32.20 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April melonjak lebih $2.25 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $34.65 sebelum menutup sekitar paras $34.40 setong.

telegram-moshed

Sentimen harga minyak mentah ketika ini masih lagi ‘bearish’ dengan laporan terbaru CFTC yang menunjukkan pengurus dana mengurangkan kontrak belian mereka sebanyak 26,860 kontrak dan menambah kontrak jualan sebanyak 2,030 kontrak. Harapan pasaran masih bergantung kepada persetujuan negara OPEC dan bukan OPEC untuk menghadkan pengeluaran bagi mencapai kestabilan harga.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register