728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 24 Mac 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 24 Mac 2016

Harga minyak mentah mula melemah Rabu semalam, selepas pasaran dipenuhi aktiviti mengambil untung belian menjelang cuti ‘Good Friday’ Jumaat ini.  Pada masa yang sama, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS semalam melaporkan bahawa stok minyak komersil bertambah sebanyak 9.4 juta tong berbanding tambahan 1.3 juta pada sebelumnya.  Pasaran menjangkakan tambahan hanya sebanyak 2.5 juta tong sahaja, sekaligus mengesahkan lebihan bekalan.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei jatuh lebih $1.80 setong untuk ke paras terendah sekitar $39.50 setong, sebelum menutup sekitar paras $39.55 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent jatuh sekitar $1.40 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $40.40 setong, sebelum menutup sekitar paras $40.45 setong.

telegram-moshed

Dalam pada itu, pengeluar minyak ketiga belas terbesar dunia, Nigeria yang juga anggota OPEC menegaskan bahawa ia menjangkakan persetujuan bersama untuk menghadkan pengeluaran dalam mesyuarat bulan depan di Doha, Qatar, walaupun Iran tidak akan turut serta.  Menteri Minyak Nigeria, Emmanuel Ibe Kachiwku menambah, bahawa Iran memerlukan masa untuk meningkatkan pengeluaran, sekaligus tidak banyak mengancam harga minyak pada tahun ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register