728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 24 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-008

Minyak mentah yang jatuh pada sesi Asia, melonjak naik sepanjang sesi Eropah Isnin semalam, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; dengan crude jatuh $1.20 setong ke paras terendah harian sekitar $40.40 setong sebelum melonjak ke paras tertinggi harian sekitar $42.70 dan kemudiannya menutup sekitar paras $41.95 setong; manakala brent pula jatuh lebih $0.90 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $43.85 setong sebelum melonjak ke paras tertinggi harian sekitar $46 setong dan kemudiannya menutup sekitar paras $45.40 setong.

Pasaran komoditi minyak mentah terus terumbang-ambing setelah pengeluaran global terus melambung dan Dollar AS melonjak. Pada masa yang sama, para trader sedang bersedia untuk mesyuarat OPEC minggu depan. Harga minyak dunia telah jatuh lebih 50% dalam tempoh 18 bulan lalu apabila pengeluaran global telah mengatasi penggunaan, dan EIA pada hari Jumaat meramalkan bahawa permintaan akan berkembang lembap dengan hanya 1.2 juta tong pada tahun depan.

telegram-moshed

telegram-moshed

Bank pelaburan Goldman Sachs meramalkan minyak mentah dan tembaga tidak mungkin pulih kerana bekalan berlebihan. Bank itu adalah memberi unjurannya bagi crude sekitar $45 setong dan brent pula sekitar $50 setong untuk 2016, disebabkan oleh lebihan bekalan.  OPEC pula menjangkakan purata harga crude sekitar $80 setong dalam jangka masa panjang. EIA meramalkan bahawa harga crude purata sekitar $50 setong pada 2015 dan $51 setong pada 2016.

Kemelut semasa dalam pasaran tenaga menunjukkan bahawa bank pelaburan utama seperti JPMorgan Chase, Goldman Sachs, dan Citigroup boleh menyemak semula ramalan harga minyak mentah mereka dalam jangka panjang.  Bank Pelaburan dari Perancis, Société Générale menganggarkan bahawa harga minyak mentah boleh berdagang pada purata $49.40 setong pada 2016. Bank Dunia menganggarkan bahawa harga minyak mentah boleh mencapai purata $52 setong pada 2015. Citigroup meramalkan bahawa harga crude boleh mencecah $32 setong berikutan kebimbangan lebihan bekalan .

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register