Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 25 April 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 25 April 2016

Harga minyak berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, selepas Kuwait mengumumkan penamatan mogok pekerja pengeluaran minyak. Reuters pula melaporkan bahawa negara-negara pengeluar minyak akan membincangkan pembekuan pengeluaran minyak pada mesyuarat OPEC pada bulan Jun, menurut penasihat kanan minyak Saudi, sekaligus membuka prospek untuk peningkatan harga walaupun kegagalan perjanjian di Doha.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun turun naik dari paras terendah harian sekitar $43.11 setong ke setinggi $44.45, sebelum menutup sekitar paras $43.73 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun turun naik dari paras terendah harian sekitar $44.30 setong ke setinggi $45.89, sebelum menutup sekitar paras $45.13 setong.

Perjanjian Doha itu, dalam rancangan OPEC sejak Februari, telah membantu harga minyak meningkat daripada paras terendah 12 tahun yang dicapai pada bulan Januari lalu. Tetapi ia jatuh selepas Arab Saudi menegaskan Iran perlu mengambil bahagian, sekaligus menimbulkan kebimbangan dalam OPEC bahawa penurunan harga akan diperbaharui. “Walaupun tidak ada perjanjian, pintu untuk kerjasama pada masa depan masih terbuka, dan pasti akan menjadi perbincangan lanjut pada mesyuarat OPEC seterusnya pada bulan Jun nanti,” menurut Ibrahim al-Muhanna memberitahu persidangan minyak di Paris baru-baru ini.

Setiausaha Agung OPEC Abdullah al-Badri, bercakap pada sidang yang sama, berkata bahawa beberapa menteri boleh membawa isu pembekuan pengeluaran pada mesyuarat bulan Jun nanti, tetapi ia tidak ada dalam agenda sekretariat OPEC. Mesyuarat tersebut akan berlansung pada 2 Jun depan. Bercakap di luar acara persidangan tenaga di Paris, Tuan Abdullah Al-Badri berkata OPEC “masih hidup” sebagai kuasa dalam pasaran minyak. Dan seorang pegawai tinggi minyak Arab Saudi, Ibrahim Muhanna berkata, kartel itu akan sekali lagi akan bercakap mengenai pembekuan pengeluaran pada mesyuarat kumpulan itu pada 2 Jun di Vienna.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register