728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 25 Mac 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 25 Mac 2016

Harga minyak mentah berada dalam dagangan ‘bercampur-campur’ Khamis semalam, setelah Dollar AS terus mengukuh dan paras inventori minyak dilaporkan pada paras tertinggi. Harga minyak kehilangan arah semalam, dengan penanda aras AS menggelongsor lagi, selepas kenaikan inventori minyak pada minggu lalu menambah kepada kebimbangan lebihan bekalan dunia yang berpanjangan.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei jatuh lebih $1.40 setong untuk ke paras terendah sekitar $38.35 setong, sebelum memacu naik untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $39.60 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent juga jatuh sekitar $1.40 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $39.20 setong, sebelum memacu naik untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $40.45 setong.

Pengukuhan Dollar memberi tekanan kepada harga, selepas pegawai Federal Reserve AS berkata semalam bahawa AS boleh menaikkan kadar seawal bulan depan. Dollar yang kuat cenderung untuk menjejaskan permintaan untuk komoditi yang kebanyakannya disebutharga dalam Dollar, kerana ia menjadikan minyak lebih mahal untuk pembeli yang menggunakan matawang lemah.

telegram-moshed

Keyakinan baru bahawa pengeluar, termasuk ahli-ahli kartel OPEC, akan mencapai perjanjian untuk membekukan output pada mesyuarat di Doha pada 17 April ini, juga sedikit sebanyak telah menyokong harga. Harga minyak tenggelam selepas laporan daripada Jabatan Tenaga AS menunjukkan stok simpanan minyak mentah domestik melonjak sebanyak 9.4 juta tong dalam laporan mingguan terbaru.

Peningkatan itu mengecewakan jangkaan penganalisis dan menunjukkan bekalan yang terus melebihi permintaan pengguna minyak terbesar di dunia. Penganalisis menjangkakan hanya peningkatan 2.9 juta tong dalam inventori minyak mentah. Laporan tersebut menghantar harga ke bawah semasa waktu dagangan AS. Dollar yang lebih kukuh juga terus mengekang kenaikan harga minyak Khamis semalam.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register