banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 26 Feb 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 26 Feb 2016

Harga minyak mentah berada dalam dagangan tidak menentu Khamis semalam, susut pada sesi Asia dan Eropah, sebelum melonjak semula pada lewat sesi Amerika Utara; setelah pasaran masih menaruh harapan kepada persidangan anggota OPEC bersama Russia dan Venezuela, untuk mencapai kata sepakat dalam usaha menstabilkan harga minyak.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April susut mencapai paras terendah harian sekitar $31.05 setong, sebelum melonjak semula untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $33.50 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April susut mencapai paras terendah harian sekitar $33.30 setong, sebelum melonjak semula untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $35.75 setong.

telegram-moshed

Pasaran ketika ini sedang menanti keputusan bilangan pelantar minyak AS dari Baker Hughes.  Minggu lepas bilangan pelantar minyak jatuh ke paras terendah sejak Disember 2009.  Kekurangan bilangan pelantar minyak boleh menghadkan pengeluaran, sekaligus menyokong harga minyak mentah.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register