banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 26 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-010

Harga minyak mentah (crude) jatuh lebih $1.50 setong Jumaat lalu, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $44.15 setong sebelum menutup sekitar paras $44.60 setong; manakala minyak mentah (brent) pula jatuh lebih $1.20 setong, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $47.75 setong sebelum menutup sekitar paras $48.35 setong; setelah pasaran dipenuhi sentimen pengeluar minyak AS yang mahu larangan eksport ditamatkan.

Ketua pengeluar minyak utama AS menggesa Kongres untuk menamatkan larangan berdekad lamanya terhadap eksport minyak mentah, sambil memberitahu eksekutif di Boston bahawa peralihan dasar adalah “No. 1 ” dalam senarai hasrat beliau; walaupun ia mungkin menghadapi ketidakpastian dalam Dewan Negara AS dan ancaman kuasa veto dari Rumah Putih.

telegram-moshed

telegram-moshed

Ryan Lance, Ketua Pegawai Eksekutif di ConocoPhillips berkata, pengeluaran sudah pun pulih daripada kejatuhan harga minyak pada awal tahun ini; dan apabila ia mencapai kelajuan tertinggi, pengeluar akan memerlukan lebih daripada hanya kilang penapis AS, untuk memproses minyak mentah mereka.

“Kami berfikir bahawa semua eksport mempunyai merit yang tersendiri,” kata Lans selepas ucapan kepada Kelab Ketua Pegawai Eksekutif Boston College. “Semua universiti, kumpulan pemikir – kerajaan telah mengkajinya. Ia baik bagi pengguna, ia adalah baik untuk negara, ia baik untuk kerajaan.” tambah beliau lagi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register