728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 27 April 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 27 April 2016

Harga minyak melonjak naik Selasa semalam, dalam reaksi kepada laporan Institut Petroleum Amerika Syarikat yang menyatakan penurunan stok minyak mentah sebanyak 1.07 juta tong, manakala stok petrol kurang sebanyak 400 ribu tong, dan produk distil minyak pula berkurang sebanyak 1 juta tong. Laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS malam ini yang menjangka pertambahan stok yang kurang dari sebelumnya, juga dilihat membantu sokongan belian.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun melonjak naik sekitar $1.60 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $44.12 setong, sebelum menutup sekitar paras $44.02 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai melonjak naik lebih $1.60 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $45.80 setong, sebelum menutup sekitar paras $45.71 setong

Dalam berita lain, Arab Saudi mengumumkan Wawasan 2030 rancangan ekonomi baru mereka untuk beralih daripada ekonomi berasaskan minyak. Pasaran hadapan minyak mentah meningkat semalam ekoran Dollar yang lebih lemah dan pasaran yang mengharapkan berkurangannya lebihan bekalan minyak global, walaupun kenaikan telah dikekang oleh kebimbangan bahawa perebutan bahagian pasaran antara Arab Saudi dan Iran akan bertambah sengit.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Asas pasaran terus mencadangkan bahawa gabungan permintaan yang tinggi dan pertumbuhan bekalan yang lemah akan menggerakan pasaran minyak global lebih dekat ke dalam keseimbangan pada akhir tahun ini,” menurut Ketua Eksekutif BP Bob Dudley dalam satu kenyataan selepas firma itu melaporkan keputusan kewangan yang lebih kukuh daripada jangkaan. Turut membantu harga adalah Dollar AS yang lebih lemah dan pelaburan baru ke dalam pasaran niaga hadapan minyak mentah.

Walau bagaimanapun, sesetengah penganalisis memberi amaran, masih terlalu awal untuk mengatakan tentang penamatan lebihan bekalan, ekoran Arab Saudi dan Iran boleh mengepam lebih output lagi dalam perlumbaan untuk merebut pelanggan. “Risiko terbesar kepada pasaran minyak sekarang ialah Iran mempercepatkan pengeluaran dan kemudian Arab Saudi melakukan perkara yang sama,” lapor Citi dalam satu nota kepada pelanggan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register