728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 27 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-oil-007

Harga minyak mentah yang melonjak sepanjang sesi Eropah dan pagi New York Selasa semalam, kembali jatuh setelah Institut Petroleum AS melaporkan inventori yang meningkat dalam simpanan minyak mentah komersil.  Dalam pada itu, syarikat pengeluar minyak diberitakan mula merancang untuk mengawal pengeluaran, setelah harga jatuh dibawah paras $30 setong minggu lalu.  Harga yang merupakan paras terendah dalam masa 12 tahun itu, malangnya tidak memberikan kesan penurunan yang diharapkan dalam penjualan petrol komersil di negara-negara membangun.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac naik turun dari paras terendah harian sekitar $29.25 ke setinggi $32.40, sebelum menutup sekitar paras $30.65 setong; manakala di Intercontinental Exchange London, Brent dari Laut Utara bagi penghantaran April, naik turun dari paras terendah harian sekitar $30.15 ke setinggi $33.50, sebelum menutup sekitar paras $31.90 setong.

telegram-moshed

Laporan simpanan minyak mingguan dari Institut Petroleum Amerika semalam menunjukkan sebanyak 11.4 juta tong minyak tambahan, jauh melebihi 3.5 juta tong pada sebelumnya. Secara berasingan, laporan hari ini dari Jabatan Tenaga Amerika Syarikat, boleh menunjukkan bahawa inventori minyak mentah dalam AS meningkat sebanyak 3.8 juta tong pada minggu berakhir pada 22 Januari lalu.  Sebelum daripada itu, ianya telah menambah sebanyak 4 juta tong.

Pada masa yang sama, Bank Dunia semalam menyemak turun unjuran harga minyak mentah untuk tahun 2016, kepada sekitar $37 setong daripada $51 setong, pada unjuran bulan Oktober lalu. Institusi itu menyatakan dalam laporan pandangan pasaran komoditi terbarunya, bahawa ramalan yang lebih rendah mencerminkan beberapa faktor penawaran dan permintaan. Antaranya adalah pengeluaran tambahan dari Iran dan pengeluar AS, faktor musim sejuk di hemisfera utara dan prospek ekonomi negara membangun yang lemah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register