728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 27 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-005

Harga minyak mentah susut Khamis semalam, dengan Crude jatuh lebih $0.95 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $42.25 setong, sebelum menutup sekitar paras $42.40 setong; manakala Brent pula jatuh lebih $1.25 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $45.35 setong sebelum menutup sekitar paras $45.75 setong; setelah para trader mula menumpukan butiran mesyuarat OPEC pada minggu depan.

Lewat petang New York Rabu lalu, Jabatan Tenaga AS melaporkan stok minyak mentah mingguan meningkat sejuta tong berbanding ramalan kenaikan sebanyak 1.2 juta tong.  Sebelum daripada itu stok meningkat hanya 300 ribu tong sahaja.  Walau bagaimanapun, stok simpanan petrol meningkat lebih cepat daripada jangkaan dan inventori sulingan juga naik walaupun diramalkan turun; sekaligus menunjukkan skala lebihan bekalan.

telegram-moshed

Walaupun harga meningkat baru-baru ini, Brent contohnya, masih turun 8.2% pada bulan ini dan lebih daripada 20% pada tahun ini, dan menurut penganalisis, tidak mungkin akan ada apa-apa pemulihan yang besar pada hari-hari yang akan datang. Kenaikan nilai Dollar, yang meningkat ke paras tertinggi dalam lapan bulan berbanding dengan sekumpulan enam mata wang, juga memberi kesan kepada harga minyak.

OPEC berazam untuk terus mengepam minyak, walaupun ianya memberi beban kewangan; demi untuk menjaga bahagian pasaran negara anggota.  Langkah ini membimbangkan negara ahli yang lemah, kerana mereka khuatir harga boleh terus merosot hingga ke paras $20 setong. Mesyuarat minggu depan mungkin menjadi pencetus perubahan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register