Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 28 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-oil-006

Harga minyak mentah naik hampir 3% semalam selepas Rusia diberitakan mungkin bekerjasama dengan OPEC untuk mengawal lebihan bekalan global.  Pada masa yang sama, keputusan mesyuarat FOMC Federal Reserve AS awal pagi tadi yang mengekalkan kadar dan mengatakan ekonomi AS tumbuh perlahan pada suku keempat 2015 serta inflasi dijangka rendah dalam masa terdekat; telah melemahkan Dollar, sekaligus menyokong harga minyak.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac melonjak $2.70 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $32.85, sebelum menutup sekitar paras $32.05 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April melonjak lebih $2.70 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $34.30, sebelum menutup sekitar paras $33.85 setong.

Dalam pada itu, laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS semalam menunjukkan bahawa inventori minyak mentah komersil AS telah meningkat sebanyak 8.4 juta tong pada minggu lalu, lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis untuk kenaikan hanya sebanyak 3.3 juta tong. Pertambahan stok ini telah membawa inventori minyak mentah ke tahap tertinggi sejak EIA mula memantau data. Namun begitu, stok minyak mentah di hab penghantaran Cushing, Oklahoma, jatuh sebanyak 771 ribu tong, sekaligus membantu menyokong harga minyak.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!