728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 28 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-012

Minyak mentah terus merudum Selasa semalam, dengan ‘crude’ jatuh lebih $1.20 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $42.55 setong sebelum mendapat sokongan belian dan menutup sekitar $43.35 setong; manakala ‘brent’ pula jatuh lebih $1.05 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $46.80 setong sebelum menutup sekitar paras $47.35 setong; setelah pasaran bimbang bahawa lebihan bekalan dalam produk minyak boleh menjadi lebih teruk dengan cuaca musim panas di hemisfera selatan dan kitaran penyelenggaraan yang kian menyusut di kilang penapis Amerika Syarikat.

Goldman Sachs memberi amaran tentang risiko penurunan harga minyak sehingga musim bunga 2016, ketika simpanan minyak Amerika Syarikat dan Eropah, termasuk diesel, menghampiri paras tertinggi dalam sejarah.  Para pedagang memberitahu Reuters bahawa sebaik sahaja tangki simpanan produk minyak diisi, diesel dan bahan api jet kargo yang tidak diingini telah mendarat di luar pelabuhan Eropah dan mengambil masa yang lebih panjang, dengan laluan yang perlahan sekitar hujung selatan Afrika.

telegram-moshed

“Terdapat spekulasi dalam pasaran bahawa simpanan ULSD (Ultra Low Sulfur Diesel) berpotensi mencapai ‘tangki penuh’, dan ini memberati minyak mentah,” kata Dave Thompson yang berpangkalan di Washington broker Powerhouse.  Pertumbuhan permintaan yang berterusan dan kejatuhan pengeluaran, dapat membantu untuk menamatkan kemerosotan harga tenaga yang berterusan pada 2016, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hess, John Hess semalam.

Hess berkata pelaburan global dalam penerokaan dan pengeluaran telah jatuh dari $700 bilion pada tahun lepas kepada $550 bilion sahaja pada tahun ini. Dengan harga minyak mentah AS yang telah merosot kembali kepada kira-kira $45 setong, beliau berkata, pelaburan akan tenggelam lebih jauh lagi pada 2016.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register