banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 29 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-005

Minyak jatuh lebih daripada 3% Isnin semalam, dengan penanda aras global Brent kembali ke paras terendah dalam 11 tahun, selepas pasaran bimbang bahawa harga minyak mentah mempunyai lebih banyak ruang untuk jatuh di tahun baru. Kontrak niaga hadapan minyak mentah merosot dalam sesi dagangan Asia apabila data Jepun menunjukkan jualan minyak terendah dalam masa 46 tahun. Jepun adalah pembeli minyak mentah keempat terbesar di dunia.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Februari susut lebih $1.40 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $36.60 sebelum menutup sekitar paras $36.70 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Februari juga susut lebih $1.40 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $36.40 sebelum menutup sekitar paras $36.60 setong.

telegram-moshed

“Jumlah dagangan tidak besar, sesuatu yang biasa untuk masa-masa sebegini, dan kebanyakan peserta pasaran telah pun menutup buku dagangan tahunan ataupun mereka mengambil langkah untuk suku pertama yang lebih lemah pada 2016,” menurut Tariq Zahir, seorang trader minyak di Tyche Capital Advisors Long Island, New York.  Dalam pada itu, Jim Ritterbusch seorang perunding pasaran minyak di Ritterbusch & Associates yang berpangkalan di Chicago berkata, “Pendirian penurunan harga masih kelihatan wajar dan kami terus melihat penurunan kepada kawasan $32.50,”

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register