728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 29 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-oil-005

Harga minyak mentah terus memacu untuk hari ketiga, selepas pasaran dipenuhi spekulasi mengenai kemungkinan pemotongan pengeluaran dari negara-negara pengeluar, apabila Russia mengatakan kemungkinan bekerjasama dengan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengawal lebihan bekalan global.  Menurut Russia lagi, Arab Saudi mencadangkan setiap negara pengeluar memotong pengeluaran sebanyak 5%.

Namun spekulasi tersebut tidak bertahan lama dan harga minyak susut semula, apabila Arab Saudi kemudiannya menafikan sebarang rundingan bersama Russia mahupun cadangan pemotongan bekalan sebanyak 5%.  Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac naik lebih $3.05 setong, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $34.80 setong, sebelum susut semula untuk menutup sekitar paras $33.55 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April naik lebih $3.30 setong, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $36.70 setong, sebelum susut semula untuk menutup sekitar paras $35.35 setong.

telegram-moshed

Timbalan Menteri Arab Saudi bagi hal ehwal syarikat di Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral semalam berkata di Tokyo, bahawa OPEC menganggarkan lebihan bekalan global kira-kira 2 juta tong sehari. “Jadi, ia akan mengambil sedikit masa untuk pasaran mengimbangi semula,” kata Abed Al-Saadi. Beliau juga menambah bahawa, “kami merasakan pasaran akan mula seimbang pada 2016 dan permintaan untuk tenaga dalam semua bentuk, akan terus meningkat”.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register