728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 29 Mac 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 29 Mac 2016

Harga minyak mentah susut sedikit dalam dagangan tipis Isnin semalam, ekoran pasaran utama, termasuk Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, masih ditutup sempena ‘Good Friday’ dan ‘Easter Sunday’. Sebelum daripada itu, harga minyak terumbang-ambing antara keyakinan kejayaan rundingan menghadkan pengeluaran oleh OPEC dan sentimen kenaikan kadar AS yang menolak nilai Dollar lebih tinggi.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei susut lebih $1.25 setong untuk ke paras terendah sekitar $38.87 setong, sebelum menutup sekitar paras $39.35 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun juga susut sekitar $1.35 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $40.25 setong, sebelum menutup sekitar paras $40.80 setong.

Harga minyak telah meningkat kira-kira 50% daripada paras terendah tahunan pada Januari selepas jatuh berikutan kebimbangan terhadap lebihan bekalan. Penurunan pengeluaran minyak AS dan permintaan petrol yang kukuh bertanggungjawab untuk pemulihan tersebut, tetapi sebahagian besar daripadanya telah dikuasai oleh rancangan pengeluar utama untuk membekukan pengeluaran pada paras tertinggi bulan Januari.

Pengeluar utama OPEC dan bukan OPEC bakal bertemu pada 17 April ini untuk membincangkan rancangan tersebut. “Pasaran akan terumbang-ambing untuk beberapa minggu,” menurut Victor Shum, penganalisis kanan minyak dan gas di IHS Singapura. “Terdapat tekanan kepada peserta dalam mesyuarat itu bagi memastikan mereka mencapai sesuatu. Jika tidak, sentimen sokongan pasaran yang kita lihat sekarang akan menghilang dengan cepat,” tambah beliau lagi.

Ahli Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum eksport minyak (OPEC) Iraq, telah kembali stabil setakat ini pada bulan Mac, menurut data dan sumber-sumber industri, sekaligus menghentikan pertumbuhan lebihan bekalan dari negara ini. Angka-angka tersebut, walaupun beberapa bulan di belakang, menawarkan salah satu daripada set data yang paling rapat dipantau untuk trader dan penganalisis yang cuba menentukan tanda-tanda kejatuhan dalam tempoh enam tahun ledakan minyak syal AS.

Sementara itu, pengeluaran minyak mentah AS jatuh untuk bulan ketiga pada bulan Disember kepada 9.26 juta tong sehari disebabkan oleh penurunan di negeri-negeri pengeluar terbesar minyak syal, walaupun kejatuhan tersebut telah diimbangi oleh peningkatan pengeluran di luar pesisir. “Angka yang lebih tinggi daripada 9.2 juta tong sehari menunjukkan daya tahan pengeluaran AS,” tambah Shum lagi.

Di pasaran global, stok bahan api China pada akhir Februari meningkat sebanyak 17.3% daripada bulan sebelumnya, kepada paras tertinggi dalam tempoh empat tahun, manakala stok minyak mentah komersial meningkat sebanyak 1.1%, menurut agensi berita rasmi Xianhua semalam.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register