728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 3 Mei 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 3 Mei 2016

Harga minyak jatuh Isnin semalam, selepas pasaran dipenuhi kegiatan mengambil untung belian hasil kenaikan ke paras tertinggi dalam masa tiga bulan yang menyaksikan keuntungan lebih 20%.  Harga yang stabil di atas $50 setong bakal membuatkan penggerudian menjadi menarik semula untuk pengeluar minyak syal AS, dan mungkin menambah kepada lebihan bekalan dan menekan harga.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun jatuh lebih $1.50 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $44.55 setong, sebelum menutup sekitar paras $44.90 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai jatuh lebih $1.60 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $45.73 setong, sebelum menutup sekitar paras $45.92 setong.

Dari pertengahan 2014 minyak telah menjunam lebih daripada 70% kepada paras terendah dalam masa 13 tahun pada awal tahun ini; ekoran lebihan bekalan, pengeluaran yang berlebihan, permintaan yang lemah dan kelembapan dalam ekonomi global. Kini harga kembali bertenaga selepas Dollar jatuh nilai. “Import untuk minyak Arab Saudi tidak berada pada tahap ini sejak April 2015”, menurut Matt Smith, pengesan kargo minyak di Clipperdata, yang menyatakan aliran masuk lebih 1.2 juta tong minyak mentah dari Arab Saudi ke Amerika Syarikat.

telegram-moshed

Pasaran niaga hadapan minyak mentah AS telah pulih lebih daripada 70% daripada paras terendah 12 tahun pada Februari lalu berhampiran $26 setong, terkesan daripada pelabur yang bersatu di belakang prospek pembekuan pengeluaran global yang diketuai oleh Arab Saudi dan Rusia. Namun harapan mereka musnah dalam mesyuarat pengeluar utama pada 17 April lalu, di mana Arab Saudi berikrar untuk tidak membekukan pengeluaran tanpa penyertaan daripada pengeluar saingan serantau dan ahli OPEC Iran.

Arab Saudi, yang menghasilkan lebih daripada 10 juta tong minyak sehari, adalah pemimpin de facto Pertubuhan 13 anggota Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Pendekatan tegas Riyadh terhadap Iran mencadangkan faktor geopolitik mula menjadi dasar minyak negara itu. Pengeluaran minyak Arab Saudi dijangka meningkat 350 ribu tong kepada kira-kira 10.5 juta tong sehari, sumber-sumber memberitahu Reuters.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register