728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 30 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-014

Harga minyak meningkat sedikit Selasa semalam, dalam dagangan tipis di tengah-tengah prospek cuaca sejuk pada minggu-minggu akan datang di hemisfera utara; tetapi prospek bagi 2016 kekal lembap berikutan kelembapan permintaan global dan bekalan yang berlebihan daripada ahli-ahli OPEC. Kedua-dua penanda aras minyak mentah, Crude dan Brent, turun lebih daripada dua pertiga sejak pertengahan 2014, terkesan dari pengeluaran minyak syal AS dan keputusan Arab Saudi untuk terus mengepam minyak untuk melindungi bahagian pasaran.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Februari melonjak lebih $1.25 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $37.95 sebelum susut semula dan menutup sekitar paras $37.25 setong; manakala di Intercontinental Exchange Lond0n (ICE), Brent bagi penghantaran Februari pula melonjak lebih $1.40 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $37.95 sebelum susut semula dan menutup sekitar $37.40 setong.

telegram-moshed

Di pasaran Timur Tengah, Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk mengecilkan $98 bilion defisit bajet negara, melalui pemotongan perbelanjaan, pembaharuan untuk subsidi tenaga dan mengorak langkah untuk meningkatkan pendapatan dari cukai dan penswastaan. “Bajet ini mungkin menandakan tiada sebarang perubahan dalam jangka masa terdekat untuk tenaga atau dasar pertukaran asing,” menurut penganalisis Bank of America Merrill Lynch dalam satu laporan kepada pelanggan.

Penganalisis ING Bank Hamza Khan berkata, kenaikan harga minyak Selasa semalam, datang dalam jumlah dagangan yang rendah dan selepas kejatuhan dalam saham-saham AS.  Pada masa yang sama, cuaca yang teruk di bahagian Amerika selatan dan Barat Tengah telah menganggu penghantaran minyak. “Tetapi fundamental masih sangat lemah,” tambah beliau lagi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register