banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 30 Mac 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 30 Mac 2016

Harga minyak mentah terus susut Selasa semalam, setelah para trader dan pelabur sabar menantikan mesyuarat pengeluar utama pada April depan. Amaran dari Barclaya ke atas harga komoditi memberati harga minyak serta komen daripada Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen awal pagi tadi, seolah tidak dapat membantu memacu naik harga minyak.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei susut sekitar $1.45 setong untuk ke paras terendah sekitar $37.92 setong, sebelum menutup sekitar paras $38.65 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun juga susut sekitar $1.38 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $39.47 setong, sebelum menutup sekitar paras $40.05 setong.

Stok simpanan minyak mentah komersil AS dijangka mencapai rekod paras tertinggi selama minggu ketujuh berturut-turut, manakala inventori produk dari hasil minyak mungkin jatuh, menurut kajian awal Reuter. Tinjauan terhadap lapan penganalisis, yang diambil lebih awal daripada laporan kumpulan industri American Petroleum Institute (API) dan Jabatan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS, menganggarkan secara purata, stok minyak mentah meningkat 3.2 juta tong pada minggu berakhir 25 Mac lalu.

telegram-moshed

telegram-moshed

Walaupun stok simpanan minyak AS adalah yang tertinggi dalam lebih daripada lapan dekad, harga berada di landasan yang betul untuk kenaikan bulanan berturut-turut yang pertama sejak Mei 2015, sekaligus mengurangkan turun naik yang menggegarkan pasaran kewangan global pada awal tahun ini.

Pasaran kewangan juga tergantung ekoran prospek kenaikan kadar AS, selepas komen beberapa Presiden Feds cawangan dan tanda-tanda kekuatan dalam pemulihan ekonomi membantu untuk memulihkan prospek kenaikan kadar. Data NFP pada jumaat ini dijangka menunjukkan ekonomi terbesar dunia bakal menambah 206 ribu pekerjaan pada bulan ini, selepas mendaki 242 ribu pada bulan Februari, menurut anggaran penganalisis.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register