banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 30 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-014

Harga minyak mentah jatuh Khamis semalam, dalam aktiviti pengambilan untung, dengan crude mencapai paras terendah harian sekitar $45.10 setong sebelum menutup sekitar paras $45.70 setong; manakala brent pula mencapai paras terendah harian sekitar $48.80 setong sebelum menutup sekitar paras $49.05; selepas harga meningkat pada sesi sebelumnya, didorong oleh pertumbuhan simpanan mentah yang lebih kecil daripada yang dijangkakan di Amerika Syarikat.

Kemunculan tanda-tanda kemungkinan kenaikan kadar oleh Federal Reserve AS pada mesyuarat Disember ini juga, menekan minyak dan komoditi lain; ekoran kenaikan kadar akan meningkatkan nilai dolar, sekaligus menjadikan komoditi yang disebutharga dalam mata wang Amerika itu lebih mahal bagi pemegang mata wang lain .

telegram-moshed

telegram-moshed

Laporan inventori AS “tidak membuat pelabur merasa kenaikan, tetapi ia mengeluarkan beberapa kebimbangan daripada pasaran,” kata Ole Hansen, ketua strategi komoditi di Saxo Bank. Walau bagaimanapun, Encik Hansen berkata, masih terlalu awal untuk melihat trend jangka panjang yang positif dalam pasaran; ekoran data ekonomi makro dan kenyataan Feds tidak memberikan apa-apa keterangan yang jelas bahawa terdapat permintaan kukuh untuk mengurangkan lebihan minyak global.

Maklumat Tenaga Amerika Syarikat berkata, simpanan minyak mentah negara meningkat sebanyak 3.4 juta tong pada minggu lepas, di bawah anggaran peningkatan 4.1 juta tong oleh American Petroleum Institute. Penurunan 800,000 tong dalam inventori di hab perdagangan Cushing, Oklahoma dan peningkatan dalam kadar penggunaan kilang, daripada 86.4% kepada 87.6%, juga menggembirakan pelabur, kerana ianya menandakan permintaan yang lebih baik di pasaran yang sedang terlebih penawaran.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register