728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 31 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-013

Harga minyak mentah jatuh lebih 3%peratus Rabu semalam, dengan Brent menggelongsor ke paras terendah dalam 11 tahun, selepas stok simpanan AS meningkat dengan luar biasa dan terdapat tanda bahawa Arab Saudi akan terus menambah kepada lebihan bekalan minyak dunia. Inventori minyak mentah di Amerika Syarikat, pengeluar petroleum terbesar di dunia, meningkat 2.6 juta tong minggu lepas, menurut Pengurusan Maklumat Tenaga Amerika Syarikat.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude untuk penghantaran Februari susut lebih $0.90 untuk ke paras terendah harian sekitar $36.40 sebelum menutup sekitar paras $36.70 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE), Brent bagi penghantaran Februari pula, susut lebih $1.15 untuk ke paras terendah harian sekitar $36.35 sebelum menutup sekitar paras $36.70 setong.

telegram-moshed

telegram-moshed

Stok simpanan di hab penghantaran Cushing, Oklahoma untuk Crude di pasaran niaga hadapan NYMEX mencecah rekod tertinggi, dengan petrol dan minyak pemanas juga mencatatkan stok lebih besar daripada jangkaan. “Dalam semua tahun yang telah saya hadapi, saya tidak pernah melihat stok membina sebegini dalam minggu terakhir Disember,” menurut Tariq Zahir, trader niaga hadapan minyak mentah di Tyche Capital Advisors, Long Island, New York.

Chris Jarvis, penganalisis di Caprock Risk Management, Maryland, bersetuju. “Data EIA minggu ini adalah satu lagi titik data menurun dalam banyak siri yang menguasai tahun 2015 dan mungkin akan terus berbuat demikian menjelang 2016.” Harga minyak mentah tidak jatuh banyak selepas penurunan awal kesan dari data tersebut, dengan beberapa peniaga memetik jumlah dagangan yang kecil sebagai puncanya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register