728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 31 Mac 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 31 Mac 2016

Harga minyak mentah berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam; setelah laporan inventori mingguan dari Institut Petroleum AS menunjukkan stok minyak mentah AS meningkat minggu lepas sebanyak 2.6 juta tong untuk kepada jumlah terkumpul sebanyak 534.4 juta tong yang merupakan satu rekod tertinggi yang baru untuk minggu ketujuh berturut-turut.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei naik turun dari paras terendah harian sekitar $38.05 setong ke setinggi $39.85 sebelum menutup sekitar paras $38.06 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun naik turun dari paras terendah harian sekitar $39.09 setong ke setinggi $40.61, sebelum menutup sekitar paras $39.25 setong.

telegram-moshed

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS semalam melaporkan bahawa stok minyak komersil AS bertambah sebanyak 2.3 juta tong berbanding pertambahan sebanyak 9.4 juta tong sebelum ini.  Angka tersebut lebih rendah dari anggaran pasaran yang menjangkakan pertambahan sebanyak 3.1 juta tong.

telegram-moshed

Di pasaran global, Kuwait dan Arab Saudi diberitakan membuat keputusan untuk meneruskan pengeluaran di telaga minyak Khafji yang dikendalikan bersama dan mengeluarkan 300 ribu tong sehari.  Para trader juga terus menyatakan keraguan tentang pertemuan antara pengeluar minyak OPEC dan bukan OPEC pada 17 April ini, akan menghasilkan keputusan yang akan membawa kepada pengurangan pengeluaran mahupun pembekuan pengeluaran.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register