728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 31 Mei 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 31 Mei 2016

Harga minyak berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, dengan pasaran UK dan AS yang bercuti.  Pasaran Asia menyaksikan kejatuhan harga minyak sebelum pasaran Kanada dan Amerika Latin membida semula harga emas hitam tersebut.  Minyak telah menghampiri paras $50 setong walaupun dalam keadaan permintaan yang tinggi untuk Dollar, terkesan dari sentimen kenaikan kadar AS pada mesyuarat FOMC yang akan datang.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Julai turun lebih $0.60 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $49.06, sebelum memacu naik semula untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $49.50 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai turun lebih $0.55 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $48.90, sebelum memacu naik semula untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $49.70 setong.

Menurut penganalisis, kenaikan harga yang boleh bertahan di atas paras $50 setong boleh merangsang pengeluar untuk beroperasi semula, terutamanya pengeluar minyak syal AS, yang boleh meningkatkan bekalan dan mencetuskan penjualan baru. Pada masa yang sama, pergeseran antara anggota utama OPEC, Arab Saudi dan Iran, bermakna usaha bersepadu untuk campur tangan dalam menyokong harga adalah tipis.

“Kepulangan pengeluar minyak dan OPEC yang meningkatkan pengeluaran, meletakkan asas bagi lebihan pasaran yang lebih luas, dan untuk harga jatuh kembali di bawah paras $40 setong dalam jangka masa pendek”, menurut penganalisis UBS Giovanni Staunovo.  Kenaikan nilai Dollar AS ekoran sentimen kenaikan kadar pinjaman Feds seawal mesyuarat FOMC Jun depan, juga boleh mengekang kenaikan harga minyak.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register