banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 4 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-oil-015

Minyak mentah pulih semula Khamis semalam selepas kejatuhan besar sesi sebelumnya, apabila pasaran menanti keputusan mesyuarat OPEC di Vienna hari ini.  Laporan media menyebut bahawa Arab Saudi, yang setakat ini menentang tekanan untuk penurunan pengeluaran, akan mencadangkan pemotongan pengeluaran daripada 1 juta tong sehari; selama mana pengeluar OPEC lain seperti Iran dan Iraq, dan bukan ahli OPEC seperti Rusia dan Mexico menyertai mereka.

Di Bursa Niaga Hadapan ICE di London, Brent bagi penghantaran Januari naik sekitar $2 setong, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $45.10 setong sebelum menutup sekitar paras $44.45 setong. Di Amerika Syarikat pula, Crude bagi penghantaran Januari di New York Mercantile Exchange naik lebih $1.65 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $41.75 setong sebelum menutup sekitar paras $41.25 setong.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pengeluaran minyak mentah global mengatasi permintaan, berikutan ledakan di minyak syal Amerika dan selepas keputusan OPEC pada tahun lepas untuk tidak mengurangkan pengeluaran demi mempertahankan bahagian pasaran mereka.  Maklumat Tenaga Amerika Syarikat melaporkan inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 1.2 juta tong pada minggu lepas. Penganalisis pasaran menjangka penurunan sebanyak 471 ribu tong. Jumlah terkumpul inventori minyak mentah AS berada pada 489.4 juta tong minggu lepas – paras yang tidak pernah dilihat sejak sekurang-kurangnya 80 tahun yang lalu.

Selain daripada mesyuarat OPEC hari ini, trader minyak juga akan memberikan tumpuan kepada laporan pekerjaan AS bagi bulan November, laporan pekerjaan yang terakhir sebelum Federal Reserve AS memutuskan kadar pada mesyuarat FOMC 15-16 Disember ini.  NFP dijangka mengurang dari 271 ribu kepada 201 ribu pekerjaan, kadar pengangguran pula dijangka stabil tidak berubah pada 5%, dan pendapatan purata sejam dijangka menurun dari 0.4% kepada 0.2%.  Sebarang laporan yang memberansangkan dilihat akan menguatkan sentimen kenaikan kadar AS; sekaligus membantu sokongan belian untuk Dollar dan mungkin menjatuhkan harga minyak.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register