728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 4 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-minyak-004

Harga minyak melonjak naik selepas Rusia menyatakan keterbukaan untuk berbincang dengan OPEC, tentang kemungkinan untuk mengurangkan pengeluarannya. Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov berkata, jika ada kata sepakat di kalangan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan OPEC untuk berunding, “maka kita akan berunding”. Minggu lalu, Arab Saudi berkata ia terbuka untuk bermesyuarat, tetapi Iran tidak bersetuju.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac melonjak lebih $3.35 setong, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $32.75 sebelum menutup sekitar paras $32.45 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April melonjak lebih $3.20 setong, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $35.55 sebelum menutup sekitar paras $35.50 setong.

telegram-moshed

telegram-moshed

Sebelum kenyataan Russia, pasaran telah menghadapi pembukaan AS yang lebih rendah, terkesan daripada laporan Institut Petroleum Amerika (API) yang tidak memberansangkan. Laporan itu menunjukkan, stok minyak mentah AS meningkat sebanyak 3.8 juta tong untuk jumlah terkumpul sebanyak 500.4 juta tong pada minggu berakhir 29 Januari. Laporan mingguan Maklumat Pentadbiran Tenaga AS (EIA) pula dijangka menunjukkan peningkatan sebanyak 3.4 hingga 3.7 juta tong.

Jika kenyataan Russia boleh mempengaruhi pasaran dan anggota OPEC serta bukan OPEC boleh bersetuju untuk berunding bagi membincangkan pemotongan tahap pengeluaran, maka ini boleh mencetuskan ‘short-covering’ menjelang akhir minggu ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register