728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2016

Harga minyak mentah kembali jatuh untuk hari kedua Selasa semalam, selepas pasaran terus dipenuhi aktiviti mengambil untung dan laporan semalam menunjukkan pengeluaran minyak telah kembali melambung tinggi. Lebihan bekalan global minyak telah menarik turun harga ke paras yang lebih rendah untuk sebahagian besar dari sepanjang dua tahun yang lalu. Emas hitam itu telah mencapai harga terendah sekitar $27 setong pada bulan Februari lalu, sebelum melonjak semula.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun jatuh lebih $2.00 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $43.33 setong, sebelum menutup sekitar paras $43.89 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai jatuh lebih $1.78 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $44.63 setong, sebelum menutup sekitar paras $45.23 setong.

Menurut Reuters, lebih banyak minyak yang dihasilkan akan membawa harga turun, dengan Iraq yang mengumumkan telaga selatannya mengeluarkan purata 3.364 juta tong sehari pada bulan April, meningkat daripada 3.286 juta pada bulan Mac. Di tempat lain di Timur Tengah, sumber berkata Arab Saudi tidak lama lagi akan menghasilkan jumlah tertinggi dalam rekod, menghampiri 10.5 juta tong sehari, selepas tergelincir kepada 10.15 juta pada bulan Mac lalu, manakala Iran juga meningkatkan output.

telegram-moshed

Menurut sumber industri Reuters lagi, output dari Laut Utara akan meningkat 17% pada Jun ini – paras tertinggi dalam empat bulan. Trader di pasaran komoditi mula mengambil untung belian selepas kenaikan minggu lepas, menurut penganalisis ekonomi Fouad Darwish, sambil menambah bahawa harga minyak mentah turut terjejas oleh berita bahawa OPEC telah meningkatkan pengeluaran pada akhir bulan April – satu langkah yang boleh mendorong kebimbangan terhadap lebihan minyak.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register