banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 4 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-minyak-003

Minyak mentah kembali bertenaga Selasa semalam, dengan crude melonjak naik lebih $2.35 setong ke paras tertinggi harian sekitar $48.30 setong sebelum menutup sekitar paras $47.65 setong; manakala brent pula naik lebih $2.40 ke paras tertinggi harian sekitar $51.50 setong sebelum menutup sekitar $50.90 setong; setelah data pembuatan global semalam dilaporkan lebih baik sedikit.

Harga minyak melonjak di Asia, disokong oleh pembelian saham murah menjelang pengumuman data kerajaan Amerika Syarikat yang akan mengukur permintaan minyak mentah di ekonomi terbesar dunia itu.  Penganalisis menjangkakan data yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Amerika Syarikat bakal menunjukkan bahawa stok simpanan minyak mentah untuk sektor perdagangan meningkat pada minggu berakhir 30 Oktober; yang biasanya bermakna permintaan yang lemah di negara pengguna minyak utama dunia.

telegram-moshed

telegram-moshed

Walaupun terdapat kenaikan sekali-sekala, minyak secara umumnya masih buntu dengan lebihan bekalan global yang telah melebihi permintaan dan tekanan harga dalam masa lebih daripada satu tahun.  Kelembapan ekonomi global yang diketuai oleh China telah membelenggu permintaan bagi komoditi itu, dan menekankan kebimbangan bahawa tiada aktiviti ekonomi yang cukup untuk menyerap bekalan yang melebihi paras output dari negara-negara pengeluar minyak yang masih tinggi. Indeks pengurus pembelian rasmi China bagi sektor perkilangan, menunjukkan aktiviti menyusut pada bulan Oktober untuk tiga bulan berturut-turut.

“Semuanya adalah mengenai bekalan,” menurut Michael Hewson, penganalisis pasaran CMC. “Minyak akan kekal di bawah tekanan, dengan inventori berkemungkinan berkembang dan potensi untuk bekalan Iran mula beroperasi dalam tempoh beberapa bulan akan datang.  Pengeluar minyak negara Teluk pula melambatkan beberapa penyelenggaraan sehingga tahun depan, untuk mengekalkan pengeluaran yang tinggi dan mengurangkan kos, kerana mereka meramalkan harga minyak akan berterusan rendah sepanjang 2016.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register