728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 5 Mei 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 5 Mei 2016

Harga minyak mentah berada dalam dagangan tidak menentu Rabu semalam, setelah berita tentang kebakaran hutan di wilayah minyak Alberta di Kanada, mendominasi pasaran buat sementara waktu dan pelabur menggunakan peluang kenaikan harga ini untuk mengambil untung belian. Kebakaran tersebut menyebabkan seluruh penduduk bandar Fort McMurray terpaksa dipindahkan dan pengeluaran minyak terhenti.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $44.87 setong ke serendah $43.23, sebelum menutup sekitar paras $44.09 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $46.02 setong ke serendah $44.64 setong, sebelum menutup sekitar paras $44.94 setong.

Dalam laporan Jabatan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS semalam, stok minyak komersil dilaporkan bertambah sebanyak 2.8 juta tong berbanding hanya 2 juta tong pada minggu lepas.  Pasaran menjangkakan pertambahan hanya sebanyak 600 ribu tong sahaja.  Sebelum daripada itu, Institut Petroleum AS melaporkan minyak mentah di hab penghantaran Cushing Oklahoma, bertambah sebanyak 1.3 juta tong, lebih rendah dari jangkaan pasaran sebanyak 1.7 juta tong.

telegram-moshed

Awal Jun ini pertubuhan negara-negara pengeluar minyak (OPEC) bakal bermesyuarat di Vienna, sekali lagi untuk mencapai pesetujuan dalam cubaan menstabilkan harga minyak.  Baru-baru ini, rundingan kerjasama OPEC dan bukan OPEC menemui kegagalan apabila Arab Saudi bertegas mahukan penyertaan Iran dalam menghadkan pengeluaran bersama.  Iran yang dilaporkan akan terus menambah pengeluaran, dilihat tidak akan tunduk kepada tekanan Arab Saudi; sekaligus menambah kebimbangan terhadap kemelut lebihan minyak global.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register