728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 6 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-minyak-003

Harga minyak mentah jatuh mendadak Selasa semalam, menjelang pengumuman laporan inventori mingguan Institut Petroleum Amerika hari ini, apabila pelabur mengambil kira risiko penurunan berterusan ekoran lebihan bekalan dengan peningkatan ketegangan geopolitik di Timur Tengah. Kedua-dua tanda aras antarabangsa dan domestik minyak mentah datang dari tahun muram 2015, apabila mereka masing-masing merosot lebih daripada 30%, di celah-celah pengeluaran tinggi di kalangan pengeluar utama dunia.

Di New York Mercantile Exchange, Crude untuk penghantaran Februari susut lebih $1.35 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $35.75 sebelum menutup sekitar paras $36.22 setong; manakala di Intercontinental Exchange (ICE) London pula, Brent untuk penghantaran Februari susut lebih $1.30 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $36.25 sebelum menutup sekitar paras $36.55 setong. Sepanjang bulan lepas, minyak mentah turun lebih daripada 12% sejak OPEC menggegarkan pasaran global dengan mengekalkan kuota pengeluaran.

telegram-moshed

Pada masa yang sama, stok simpanan minyak mentah AS masih berada di antara tahap tertinggi dalam lapan dekad selepas peningkatan sebanyak 2.6 juta tong pada minggu berakhir pada 25 Disember lalu, sekaligus menolak inventori ke paras 487.4 juta tong. Hari ini Pengurusan Maklumat Tenaga AS bakal melaporkan stok minyak mentah yang bakal bertambah sebanyak 439 ribu tong pada minggu lepas, berbanding pertambahan sebanyak 2.629 juta tong pada minggu sebelumnya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register