728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

OIL Analisa Fundamental Harian 7 April 2016

OIL Analisa Fundamental Harian 7 April 2016

Harga minyak terus melonjak naik Rabu semalam, terkesan dari jangkaan bahawa ekonomi China mungkin stabil selepas lebih setahun dalam fasa perlahan. Ini berdasarkan laporan yang menunjukkan peningkatan dalam sektor perkhidmatan China. Indeks PMI Caixin Perkhidmatan China bagi bulan Mac meningkat kepada 52.2 mata berbanding Februari dengan 51.2 mata. Bacaan melebihi 50 menunjukkan pengembangan aktiviti perkhidmatan.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei naik lebih $1.40 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $38.00 sebelum menutup sekitar paras $37.95 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun naik lebih $1.55 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $39.94 sebelum menutup sekitar paras $39.75 setong.

Dalam pada itu, laporan terbaru dari Pentadbiran Maklumat Tenaga AS yang mengatakan stok minyak mentah komersil telah berkurang sebanyak 4.9 juta tong berbanding dengan jangkaan pasaran untuk penambahan sebanyak 3.1 juta tong, juga telah membantu sokongan harga.  Bekalan yang berkurang akan menstabilkan harga ke paras yang lebih tinggi.

Sekitar rundingan OPEC, gabenor Kuwait untuk Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Nawal Al-Fazaia, berkata bahawa terdapat “tanda-tanda positif yang perjanjian akan dicapai” semasa mesyuarat pengeluar yang dijadualkan di Qatar pada 17 April ini.  Penganalisis melihat persetujuan untuk membekukan pengeluaran di tengah-tengah lebihan bekalan global boleh menyokong harga, walaupun rancangan Iran untuk meningkatkan pengeluaran dilihat sebagai faktor yang bakal mengekang kenaikan harga ke paras yang lebih tinggi.

Menteri Minyak Iran, Sheikh Bijan Namdar Zanganeh berkata, pengeluaran minyak mentah Iran akan mencapai 4 juta tong sehari pada Mac 2017, dengan rancangan untuk mengeksport 2.25 juta tong sehari daripada bekalan tersebut. Angka tersebut adalah sedikit lebih daripada 1 juta tong sehari di bawah sekatan dan hanya sedikit di bawah pra-sekatan sebanyak 2.5 juta tong sehari.  Iran yang tiada keinginan untuk menghadkan pengeluaran, kini berusaha keras untuk mendapatkan kembali bahagian pasaran yang hilang akibat sekatan antarabangsa ke atasnya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register